Blogroll

Saturday, June 2, 2012

Kasut tumit tinggi dikorbankan dan perjalanan dr kl ker jb menelan rm600!!

Kasut tumit tinggi sinonim dengan wanita yang bergaya.. Ketinggian dapat membantu seseorang wanita kelihatan bergaya fan berkeyakinan tinggi.. Aku sendiri sukakan kasut tumit tinggi kerana inginkan lebih berkeyakinan... Kisah ini kuimbas semula untk tatapan umum..

Selepas perkahwinan aku oada bulan 12 2011, jarang sekali aku pulang ke kampung apatah lagi suamiku, memng tidak pernah menjejakkan kaki semula ker johor bahru kampung halamanku.. Kalo diikutkan hanya 4 jam perjalanan meniaki kereta... Dengan kesibukkannya sebg seorang peniaga membuatkan aku redha mempunyai suami yang sibuk dan redha selalu pulang ke kg berseorangan tanpa dia disisi setiap bulan.

Suatu hari sewaktu aku sibuk melipat kain mama call dan meminta aku untuk pulang ke kg.. " kalau boleh ajaklah wan balik.. Mama rindu dengan menantu mama tu.." aku meluahkan hasrat mama pada suamiku.. Tidak sangka hasrat itu disambut baik oleh suamiku, terus aku menempah tiket pernerbangan pergi pada pukul 730 pagi yang berharga rm rm200. Atas perbincangan adikku menjadi pengganti menguruskan perniagaan untuk 2 hari.. Alhamdulilah akhirnya yan setuju.. Terima kasih pada yan yang baik pada kakaknya...beruntung akk mempunyai adik yang sungguh memahami..

Pada hari penerbanganku.. Seperti biasa suami sudah menjalankan kewajipannya dan sudah bangun kul3 pagi untuk bekerja., aku sempat berpesan padanya, " tiket kul730 pagi syg.. Kita kene bergerak dr rumah selewatnya kul6.".. Oleh kerana masa berlalu terlalu pantas akhirnya kami bertolak dr rumah pd pukul 645 pagi. Aku dah cemas takut ketinggalan flight.. Tetapi suami tetap tenang disisi. Sedikit pun riak cemas tiada disisi.. Mcm dier plaks yang empunya pernerbangan,,. Adui syg...

Akhirnya lagi 5 minit 7.25 aku smappai di lcct,.. Aku tahu memng kami akan tertinggal flight. Tapi dlm hati masih berharap dan berdoa semoga kami sempat. Sebelum kami turun dari kereta en suami sibuk mencari sesuatu. " syg boleh tak syg pakai slipper ni.? Sy takut awak tak dapat berlari dengan kasut tumit awk tu...!!" Ya Allah, aku mengomel dalam hati.. aku dah bercantik2 tetiba aku disuruh pakai selipar tandas,,,,!! Tapi ngomelan ku ini hanya terbuku... Aku capai selipar tandas berwarna hijau itu dan berharap sliper ini dpat membantu ku, kami berlari ke arah kaunter check in.. Kami bagaikan org hilang arah pun ada.. Tak tahu mana satu nak dituju... Akhirnya kami ketinggalann.. Rase mcm nak nagis.. Aku buntu.. Suamiku hanya tersengih.. Adui sakitnya hati ni,.. Aku menarik nafas panjang dan menenangkan hati,, cuba mencari penyelesaian.. Tetiba hangat pelukan suami memujukku.. Terus teruntun hati ini, air mataku jatuh kepipi jua walaupun aku cuba menahan...

Dlam keadaan yang kebingungan, kami nekad menggunakan bus sebagai jalan terakhir,.. Tetapi bus mengambil masa selama 5 jam. Kami masih di lcct jam 8.. Kami tahu aku akn kehilangan banyak masa diperjalanan.. Kami hanya bertindak ke arah teksi..rm 70 untuk ker tbs..sejam perjalanan lagi untuk kesana,, didalam teksi aku mengadu " sayang.. Awk dah lah tak pernah balik ke kg.. Esok malm kiter dah balik ker kl semula.. Sy sedih jika kiter banyak abiskan masa dalam perjalalanan ni selama 7 jam.." tanganku digengam erat.. Suamiku seperti berpikir sesuatu, " abg.. Boleh kita menggunakan mas tak sebagai alternatif lain? Boleh abg hantar kami ker klia dulu nak check tiket?" Tetiba en suami memberi seribu satu persoalan kpd pemandu teksi.. Dia seperti memahami situasi kami dan bersetuju walaupun dia tahu.. Teksi lcct tidak boleh mengambil penumpang diklia..

Setibanya di klia, en suami terus berlari ker kaunter tiket mas. Sementara aku ditinggalkan diteksi dan menunggu. Telefon berbunyi. " sayang seorang rm 175 Ok tak.? Sy belanja..." hatiberbunga riang.. Terubat rase bila mendengar perjalanan kami akn dipendekkan menggunakn MAS.. Wakty itu rase berterima kasih sgt pada MAS... Walaupun kami mengeluarkan rm yang lebih tetapi masa perjalanan dapat disingkatkan...

Didalam penerbangan.. Kami berpelukan sambil menyedari kesilapan masing2.. Jb here we come.. Aku terpaksa mengorbankan kasut tumitku dan rm 620 untuk pulang ke jb.... Rm dan kasut tumit tinggi ku korbankan semata2 untuk menjumpakan menantu dan mertua.. Hehe syukur alhamdulilah..

kepada pembaca sekalian.. Ingat yer,, kalo dah tempah aper2 tiket tu janganlah ambik mudah... Inilah pengajaran yang berhargabuat kami...

posted from Bloggeroid

Sunday, February 26, 2012

created by : oshien

Akhir2 ni aku semakin sibuk menyiapkan logo2 kawan2 online butik owner yang ingin mencantikkan dan memperindahan lagi pandangan pada profil blog, website dan juga facebook.. ini antra profil permintaan Safwan untuk oshien perfumes nyer profil... oshein akan upload lagi pelbagai logo2 yang telah dihasilka oleh oshien sendiri.. sesiapa yang ingin mencantikkan lagi profilnyer.. boleh lah pm oshien di www.facebook.com/oshein2u 

Thursday, February 9, 2012

KFC WORKER VS CUSTOMER, cerita PALING HOT SEKARANG NI

VIDEO  SEBELUM KEJADIAN


                                                        VIDEO SEMASA KEJADIAN

                                                 
                                                           VIDEO SELEPAS KEJADIAN

HANGAT.!!! hot!!.. cerita sensasi, semua blogger dan seluruh MALAYSIA sibuk memperkatakan tentang hal ni.. Heboh dan citer sensasi artis pun boleh kalah... Oshien ni bukan ahli politik atau sesapa yg berkenaan untuk membincangkan atau memberi pendapat tentang hal ni.. tapi oleh kerana semua org ada hak untuk bersuara Oshien teringin nak meluahkan, " bila semua org lihat video ni masing2 mengaitkan tentang perkauman.. CINA VS MELAYU dan bukannya soal CUSTOMER VS WORKER. " bila semua org share2 this video kat FB, bila yang comment tu melayu confirm ada yang kutuk cina, dan sebaliknya.. masing2 sebenarnyer menyebelahkan kaum masing2..Komen2 seperti ini boleh membangkitkan amarah kepada yang tidak berkenaan pun. Seharusnya kiter lebih POSITIF untuk memberi pandangan, buat beberapa kajian dan kalo tak tahu aper2 jagan comment. Oshien taknak kiter ulang semula peristiwa 13 MEI, cukup2 lah kat bumi ARAB permusuhan, peperangan dan mcm2 lagi berlaku.. Bukankah kita 1 MALAYSIA.?? renung2kan, SEBENARnya yg sepatutnya disalahkan adalah INDIVIDU.. siapa yang memulakan, siapa yang tidak bersabar, siapa yang menumbuk, siapa yang disalahkan, siapa yang memaki.. Bila citer pasal individu ni.. ADA MELAYU yang kurang ajar atau lebih sedap, kurang didikan dan ada CINA yang kurang ajar, begitu juga sebaliknya.. SO tak perlu kiter persoalkan tentang perkauman disini.. kalo kiter nak post2 kan kat Fb dan hentam kaum yang berlainan, lebih baik kita fikirkan kebaikkan kiter duduk dibumi MALAYSIA yang aman ini. Stated WORKERS & CUSTOMER sudah !!.. biarlah pihak berkuasa yang siasat semua ni...dan tentukan siapa yang bersalah.. JANGAN PLAK KITER SIBUK2 nak menfitnah perkara yang kita sendiri masih blur2.. baca statement org terus kita jadi hakim memutuskan kesilapan disana.. KITA boleh memebuat andaian tetapi bukan menjatuhkan siapa pesalah jika kita tidak tahu aper2..  kepada penonton2 disana boleh tampil jadi saksi... PEACE.. carilah ketenangan & kedamaiaan dalam hati!! Syukur kita belum terlibat dalam peperangan lagi.. OSHIEN UPLOADKAN UNTUK KITA SAMA2 SAKSIKAN.. dengan tgk 3 video ni, kita adalah penonton yer. bukan saksi...  PEACE PEACE..!! MALAYSIA BOLEH...


Monday, February 6, 2012

MAJLIS PERNIKAHAN KAMI ( ERNA & WAN )


        Aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana kami selamat disatukan pada 3hb December 2011. Terima kasih tak terhingga kepada mama ayah, adik beradik, keluarga belah mertua dan sedara mara saya yang telah banyak membantu majlis ini berjalan lancar.. Akhirnya aku bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang tidak ku sangka perjumpaan singkat di tepi jalan membantu kawanku hanan telah menyebabkan aku menemui jodoh yang selama ini ku cari. Seorang suami yang bertanggungjawab, rajin berusaha, low profile dan hatinya sungguh baik bagi ku membuatkan aku berazam ingin menjadi seorang isteri yang terbaik untuk nya... Semoga hubungan ini kekal hingga ke alam syurga. Amin..

        Setelah dua bulan menjadi seorang isteri.. aku tetap merasakan cinta sebelum kahwin.. dan aku harapkan ia berkekalan sampai bila2. bak kater org putih until when-when. hehe.


baju by : RICO RINALDI ( www.ricorinaldi.blogspot.com)
camera men by : ABG NIZAM ( www.facebook.com/purplenstudio-mycartoonizz)
organized by my team z : www.oshien2u.com