Blogroll

Thursday, October 6, 2011

KENAPA BERTUNANG ITU DIKATAKAN " BERDARAH MANIS"?

" Akak jangan macam2, org cakp tunang tu berdarah manis?"... siapa yang sedang bertunang, dah pernah bertunang atau mungkin tgh plan nak bertunang mesti pernah dengar perkataan "bertunang darah manis"... agaks2 lah aper pandangan korang tentang darah manis ni?... oshien cube cari maksud disebaliknya.. mungkin korang yg tahu boleh share2 sama2..

         My beloved fiance baru lepas call oshien & menyatakan satu perasaan " saya rasa kasih sayang awk makin kurangla"  Kebanyakkan org bertunang akan cube pertahankan setiap hubungan sehingga ke jinjang pelamin. Tetapi ada juga yg terhenti ditengah jalan.Biasanya orang akan menyatakan TIADA JODOH dan sebenarnya perkataan ini sebenarnya utk menutup sebab2 tertentu, takder org yg suka2 bertunang dan suka2 memutuskan. Betul tak?

        Bertunang adalah satu akad menyempurnakan janji untuk berkahwin. Dan ia merupakan proses kesedaran bagi pasangan tentang kewajipan dan tanggungjawab yang bakal dipikul. Bertunang adalah proses pasangan untuk mengenali antara satu sama lain secara lebih dekat luar dan dlm hati dan jiwa. kerana ia merupakan penyatuan jiwa yang akan kekal sehingga saat kematian. Oleh itu ia memerlukan keserasian, sifat tolak ansur dan kesefahaman dalam mengharungi cabaran
 
      . Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak termasuk syaitan yang semakin takut jika berlakunya akad untuk membina masjid (perkahwinan). Ia mampu merubah pendirian dan menggoyahkan hati pasangan. Orang yang bertunang dikatakan "berdarah manis" kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pebagai cabaran. Oleh itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh waktu yang lama mengikut adat melayu, malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan .

          Pengalaman oshien sendiri mengajar erti pertunangan, bagi oshien tempoh pertunangan adalah tempoh banyak dugaan, berbeza semasa bercinta. Bukan lagi tempoh mengenali pasangan malah mengenali keluarganya. masa untuk suai kenal dan membina keserasian. Kita dilahirkan dari keluarga yang berbeza2 dan cara yg berbeza2. contohnya : Jika sorang diajar untuk hidup berdikari dan tidak bergantungan dan sorang lagi terlalu manja dan memerlukan org disampingnya. Perkara ini kadangkala membuatkan masing2 mempunyai perbezaan pendapat dan berlakunya perbalahan.. kadangkala ada yang dididik "duit adalah segala2nya" dan sorang lagi "kasih sayang adalah segala2nya". So mcm maner nak matching tu..??? hehe.. fikirlah kan...
hiasan gambar semata2

  p/s : to my beloved fiance.. for me u are everythings..takde maknenye kalo kasih syg sy berkurangan... kasih sayang semakin bertambah setiap hari. Cuma semakin hampir tarikh kita disatukan, semakin sy bz berkerja. Kalo kita bercinta hari2 duit tak jatuh dari langit. hehe.

No comments:

Post a Comment